Friday, May 21, 2010

keindahan BUNGA di sudut hati

Dia seorang gadis yang bertudung. Rupa parasnya begitu sempurna bagiku. Sederhana, tapi menjadi rebutan bagi semua lelaki apabila melihatnya. Namanya sungguh sedap untuk didengari, permulaannya bermula dengan CAHAYA, sesuai dengan orangnya. Namanya telah ku pahat di papan tidurku.

Renungan matanya membuat aku leka, hatiku hanyut apabila melihatnya. Bagiku, kehalusan wajahnya, tidak dapat di tandingi.sikapnya sangat manja bagiku. Suaranya telah membuat telingaku terpukau.seolah olah mahu dia sentiasa bercakap dengan ku.

Dirinya selalu aku bayangi dan aku amat mengimpikan dirinya.pertama kali aku berjumpa dengannya, hati aku amat gembira. Dan aku tertanya, kenapa kau yang dtg. Itulah dinamakan takdir. Takdir yang tidak boleh memisahkan antara manusia dengan manusia.

Satu mimpi telah hadir dalam hidupku, mimpi yang telah bertemu aku dengannya. Empat nombor telah ku bayangi sejak dari kecil, kini muncul dan amat sepadan dengannya. Adakah dia orangnya?? Hanya Allah saja yang tahu.

Kenapa hatiku selalu mengharapkan benda yang tidak terjadi. Sedangkan aku mahu diri aku dengannya. YaAllah, tolong lah beri petunjuk kepada ku dan jalan penyelesaian kepada ku. Kenapa dia yang selalu aku bayangi, kenapa dia yang selalu impikan? Sedangkan dia tidak pernah terbayangkan diriku.

Setelah dia muncul, dia telah memberi perubahan dalam hidupku. Kau adalah kaum hawa pertama yang telah membuat aku tertunggu bertahun tahun lamanya Tidak memberi peluang untuk aku bercinta dengan sesiapa. Benar, ku amat mencintainya. Dia tidak mengetahuinya, dan aku tidak diberi peluang. Mungkin bukan jodoh aku dangan dia. Tapi aku selalu mengharap yang dia akan menjadi miliku suatu hari nanti. Siapa tahu.jodoh di tangan tuhan, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

1 comment:

  1. sweet!!!!~
    i hope you both will be together forever till anak ke cucu ke cicit ke cucu cicit!!!~ LOL :D
    jgn lpa invite me for your wedding k!!!~ hahahaha
    with love.

    ReplyDelete