Friday, May 21, 2010

kepada si dia

kebahagiaan tidak semestinya indah, dan kebahagiaan tak semestinya juga sempurna.
kerana yang mengubahnya adalah seseorang yang tidak tahu erti kebahagiaan.
tetapi, manusia berhak untuk mendapat kebahagiaan dari org yang tercinta.
kejujuran dan kepercayaan terhadap diri itu aspek penting untuk mendapat kebahagiaan.

kepada si dia,
sesungguhnya manusia ini banyak melakukan kesilapan,
ada kala kesilapan ini tidak terkira nilainya.
ketahuilah bahawa setiap kali kau melakukan kesilapan,
aku sentiasa membuka pintu hati ini dengan terbuka.
aku rela mengampunkan dirimu dengan setiap salah silap kau terhadapku,
walaupun kesilapan yang besar mahupun yang kecil,
aku tetap mengampunkan segala silap mu
ini bermaksud hatiku amat menyayangi dirimu walaupun hanya secebis kasih yang kau curahkan terhadap ku..

kepada si dia,
aku selalu memujuk diriku untuk melembutkan hatiku
melembutkan hatiku supaya aku tidak terkasar terhadap mu.
kerana aku sedar bahawa, kau adalah kaum hawa yang penuh dgn kelembutan, kasih sayang dan kesucian..
dan aku percaya, kau menerima dirku dgn penuh kesabaran.

kepada si dia,
aku tahu, diriku juga banyak membuat kesilapan terhadap mu
kadang2, diri aku tidak sedar atas kesilapan yang aku telah lakukan
ini membuatkan kau banyak bersabar terhadap diriku.
aku meminta maaf terhadap segala kesilpan ku terhadapu
sekali lagi aku meminta maaf bawaha aku telah menghampakan dirimu kerana sikap ku.


-iwan@abu-

No comments:

Post a Comment